طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
Di sini ingin saya kongsikan antara BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF oleh JAKIM. Maka, mana-mana cop halal yang tidak tersenarai dalam senarai di bawah ini, maka halal tersebut tidak mencukupi standard piawaian kelulusan HALAL daripada kerajaan Malaysia, di bawah pemantauan JAKIM. “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
semoga semua dapat perhatikan betul-betul label halal sebelum membeli sesuatu barangan khususnya bagi produk makanan halal luar negara.
Australia
Adelaide Mosque Islamic Society of South Australia
Islamic Association of Geraldton
Islamic Association of Katanning Inc
Islamic Co-ordinating Council of Halal Meat in Australia Inc
The Islamic Council of Western Australia
The Pearth Mosque of Western Australia Incorporated
Australian Federation of Islamic Council Inc
Australian Halal Authorithy & Advisers
Halal Australia Inc
Al Iman Islamic Society
Austria
Islamic Information and Documentation Centre
Argentina
The Halal Catering Argentina
Islamic Centre of The Argentine Republic
Bangladesh
Islamic Foundation
Belgium
Halal Food Council of Europe
Brazil
Federation of Muslims Associations in Brazil
Islamic Dissemination Centre of Latin America
Brunei
Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal Bahagian Kawalan Makanan Halal
China
Shandong Islamic Association
China Islamic Association Islamic Association of Henan
Denmark
Islamic Cultural Centre
Singapura
Islamic Religious Council of Singapore
Thailand
The central Islamic Committee of Thailand
United Kingdom
The Muslim Food Board
Amerika Syarikat
Islamic Food and Nutrition Council of Amerika
Halal Food Council U.S.A
Islamic Services of America (ISA)
Kesimpulannya, perhatikan makna hadis ini sebaiknya, yang mana menunjukkan betapa pentingnya kita mencari yang halal dalam kehidupan seharian kita semua. InsyaAllah.
![]() |
LOGO HALAL MALAYSIA YANG SAH |
“Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.)
No comments:
Post a Comment