Wednesday, February 29, 2012

Indahnya Bait Al Muslim.. [ Apa tu?]

Sounds weird? 
What's the meaning of بيت المسلم ??
Maksudnya... Perkahwinan Islami..
Ops! kenapa tiba-tiba nak letak tajuk entri ni?
(~,~)


2 hari lepas,
ketika saya baca Al Quran..
Saya jumpa ayat ni...
Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang
mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan
anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi
sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan
apa yang dikerjakannya.... {Surah At Tur: 21} 
K, can u hadam this ayat in ur mind? >,<


Sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan melalui ayat ni..
Sesiapa yang beriman, di syurga nanti, Allah akan pertemukan dia dan kaum
keluarganya di syurga nanti,  Tetapi semua kaum keluarganya kah? Tidak..
Hanya kaum keluarganya yang beriman jela...





Ha.. so... dapat x anda hubungkan apa maksud saya tentang baitul muslim ni
dengan ayat di atas..

Em.. Xjelas ye.. 
Baiklah, maksud saya di sini... 
Apabila kita mendirikan rumah tangga mengikut syariat Islam, serta amalan
dalam keluarga yang kita bina itu juga dengan cara yang Islam.. Pastilah kita 
sedang membina diri kita, suami atau isteri kita, anak-anak kita serta kaum keluarga kita
yang lain untuk turut sama-sama beriman, yang hasilnya di syurga nanti kita 
akan dipertemukan oleh Allah.. Subhanaallah... Kan seronok tu..




Macam mana ciri-ciri rumah tangga yang bercorak Islami??

  • memulakan solat pada permulaan hari dengan solat berjemaah
  • suami memberikan tazkirah buat kelurga pada hujung minggu slps solat subuh
  • mengamalkan kasih sayang yang seperti diajar oleh Rasulullah (bagi hubungan suami isteri)
  • mendidik anak-anak untuk mencintai Al Quran serta menghafaznya
  • seorang ibu, menceritakan kepada anak-anak tentang kisah-kisah tauladan dari AlQuran dan zaman para sahabat.
  • Membanyakkan solat berjemaah dalam kelurga
  • Pergi ke majlis ilmu bersama-sama
Ini adalah hanya sebahagian.. Dan sebenarnya banyak lagi. Apa yang saya sampaikan ni
sebenarnya sedikit sebanyak merupakan impian saya apabila berumah tangga nanti..
Agak-agaknya siapakah imam yang bakal memenuhi segala impianku ini?
Dan, adakah dia juga menyimpan impian sepertiku?



بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Satukanlah hati kami di bawah lembayung rahmatMu
Jadikan dia insan yang soleh, beriman dan bertaqwa
Jadikan aku yang terbaik buat dirinya
Dan dia adalah yang terbaik buat diriku
Jadikanlah aku isteri yang solehah buat dirinya
Dan dia suami yang soleh buat diriku
Jadikan dia pemimpin yang terbaik dalam hidupku
Yang dapat membawaku ke jalan syurgamMu

Ya Allah,
Jadikan kami ibu bapa yang mithali buat zuriat kami
Jadikan zuriat kami bijak serta pandai,hafiz serta hafizah
Jadikan zuriat kami tergolong dari alim ulama dan penyejuk hati kami berdua

Ya Allah, 
sesungguhnya,
Engkaulah Yang Maha Mendengar setiap permintaan hamba-hambaMu..
Moga Engkau kabulkan permintaan hambaMu ini..
Amin...


Monday, February 27, 2012

Kelebihan majlis ilmu dalam AL QURAN?

Cuba kita tengok, surah Al Mujadilah:11
Maksudnya ----> wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan padamu, " berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangknlah, niscaya Allah akan MEMBERI KELAPANGAN BUATMU. Dan apabila dikatakan, "berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan MENGANGKAT DARJAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN DI ANTARAMU dan ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU BEBERAPA DARJAT. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.


So? macam mana? percaya x.. Dalam dok sibuk-sibuk para ilmuan kita menyatakan hujah masing-masing dlm kelebihan ke majlis ilmu.. Padahal, Allah dah state lama dh.. 

Jarang yang menyatakan bahawa kalau kita ke majlis ilmu, salah satu kelebihan yg kita akan dapat ialah Allah akan lapangkan lagi waktu kita... Sedangkan, itulah janji Allah yg terutamanya... SUBHANAALLAH...

So, rasa x lg lepas ni malas nk ke majlis ilmu???
Ha, apa kata... 
Jadikan ayat ni sebagai sumber inspirasi kita??! (>,<)
Xsalahkn kita berkorban sikit nak jadi baikkk...
Percayalah, besar ganjarannya di 'sana' nanti...
insyaallah... |°;°|




Sunday, February 26, 2012

Sungguh! Allah itu dekat.

Rujuk surah Qaf : 16
Maknanya ----> Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih DEKAT KEPADANYA DARIPADA URAT LEHERNYA


See! Does everyone can see it? Are u realize or not by this ayat? ~,~ 
So, tiada alasanla utk seseorang itu hidup bersendirian kan.... ^,^
or nak kta dia tak da kawan.
 Sebab , jawapannya jelas. Allah itu sangat dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat leher kita... 
Baikkan Allah... tidak pernah meninggalkan kita rupanya...
Malah,
Jika kita beria-ia nak menghampiriNya, Dia lagi beria-ia menyambut kita.
Subhanaallah..
Bestkan bila dapat jumpa ayat ni. <3

Saturday, February 25, 2012

Dosa berpransangka kepada insan lain.

Refer surah  Al Hujurat:12 yg mbawa maksud ---> wahai orang-orang yg beriman jauhilah banyak prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain,dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian dari yg lain. Apakah ada di antara kamu yg suka memakan daging saudaranya yg sudah mati? tentu kamu merasa jijik. dan bertakwalah kpd Allah, sungguh Allah maha penerima taubat, maha penyayang.
Maka di sini jelas menunjukkan bahawa Allah sangat melarang untuk kita bsangka burukk dengan orang lain. wahai rakan pembaca sekelian, sy ingin meingatkan diri sy sendiri serta mengajak rakan pembaca yang lain utk sama- sama kita menjauhi perbuatan buruk ini. 
Apa salahnya jika kita rasa kita ada kemusyikilan terhadap orang lain, kita bertanya sendiri ke empunya diri kan lebih baik berbanding kita membuat andaian-andaian yang kita sendiri tidak pasti kebenarannya.. Bahkan boleh mendatangkan dosa lagi..
Ayuh, kita muhasabah diri bersama! Mahukah kita menjadi orang yg memakan daging mentah? Bukan daging mentah biasa maupun sushi! Tpbdaging mentah manusia!

Wednesday, February 22, 2012

BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF


طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
 “Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
Di sini ingin saya kongsikan antara  BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF oleh JAKIM. Maka, mana-mana cop halal yang tidak tersenarai dalam senarai di  bawah ini, maka halal tersebut tidak mencukupi standard piawaian kelulusan HALAL daripada kerajaan Malaysia, di bawah pemantauan JAKIM.  “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
  semoga semua dapat perhatikan betul-betul label halal sebelum membeli sesuatu barangan khususnya bagi produk makanan halal luar negara.
Australia 
Adelaide Mosque Islamic Society of South Australia
Islamic Association of Geraldton
Islamic Association of Katanning Inc
Islamic Co-ordinating Council of Halal Meat in Australia Inc
The Islamic Council of Western Australia
The Pearth Mosque of Western Australia Incorporated
Australian Federation of Islamic Council Inc
Australian Halal Authorithy & Advisers
Halal Australia Inc
Al Iman Islamic Society

Austria
Islamic Information and Documentation Centre

Argentina
The Halal Catering Argentina
Islamic Centre of The Argentine Republic

Bangladesh
Islamic Foundation

Belgium
Halal Food Council of Europe

Brazil
Federation of Muslims Associations in Brazil 
Islamic Dissemination Centre of Latin America

Brunei
Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal Bahagian Kawalan Makanan Halal

China
Shandong Islamic Association 
China Islamic Association Islamic Association of Henan

Denmark
Islamic Cultural Centre

Singapura
Islamic Religious Council of Singapore

Thailand
The central Islamic Committee of Thailand

United Kingdom
The Muslim Food Board

Amerika Syarikat
Islamic Food and Nutrition Council of Amerika
Halal Food Council U.S.A
Islamic Services of America (ISA)

Kesimpulannya, perhatikan makna hadis ini sebaiknya, yang mana menunjukkan betapa pentingnya kita mencari yang halal dalam kehidupan seharian kita semua. InsyaAllah.
LOGO HALAL MALAYSIA YANG SAH
“Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.)

Persahabatan

Jika benar kamu jujur.. 
Mengapa kamu tidak berkelakuan benar di hadapanku..  
Jika benar kamu sayang.. 
Mengapa mesti kamu melukakan aku.. 
 Jika benar kamu baik.. 
Mengapa mesti kamu burukkan aku pada teman-teman.. 
Apakah benar ini di namakan prinsip teman baik di kaca matamu.. 
Sepertinya di saat ini, aku merasakan ingin kuluahkan segalanya padamu.. Tapi, ku tak mampu.. Kerna ku pasti, kata-kataku bakal menyakitkanmu.. 
Biarlah kusimpan segalanya sendiri..