Thursday, October 13, 2011

Halfest 2011 [ Semakin bertambah baik ]



Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan untuk turut sama memeriahkan HALFEST 2011 di PWTC. Berdasarkan pemerhatian saya, Halfest tahun ini lebih bertenaga dan seronok.

Banyak sangat pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba. [ perut pun k.e.n.y.a.n.g... hehe.. sebab asal singgah ke booth makanan, mereka akan jemput kta utk merasa]

Makanya, kepada sesiapa yang belom lagi ke Halfest ni.. Bolehla pergi ke sana.. Sangat seronok.. Xrugi pun.. Pengetahuan anda tentang barangan halal yang terdapat di Malaysia ni pun semakin bertambah. Plus, anda boleh kenal ciri2 barang-barabg yang diperbuat daripada benda yang haram di booth JAKIM dan JAIS.. >_<

HALFEST akan berakhir pada hari Ahad ini bersamaan dengan 16 Oktober 2011.
Ayuh!! Cepat!! Cepat!!

Tuesday, October 11, 2011

Batuk vs Madu



Setiap penyakit ada ubatnya.

Dah lama saya kena virus batuk tanpa henti.

Atlast,

Malam tadi,

Allah ilhamkan untuk saya minum madu.

Dan hasilnya,

Alhamdulillah...

Batuk saya reda...



Tafsirnya: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

Maka, benarlah seprti janji Allah yang terdapat dalam surah di atas..

SubhanaAllah... Allah itu Maha Mengetahui atas setiap kejadian yang berlaku di bumiNya ini..

Hati Yang Kosong

Astaghfirullah.....

Saya rasa hati saya kosong.

Ya Allah...

Gantikan hati ini dengan hati yang baru.

Saya rindu saya yang dulu.

T_T

Hati yang dipenuhi dosa dan noda,

Hitam warnanya.

Saya terpaku tatkala mendengar suara dari kaca televisyen tdi,

Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya..

Di manakah status hati saya.

Saya banyak melakukan maksiat.

Sabda Allah swt:

قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az-Zumar 39: Ayat ke 53)