Wednesday, August 10, 2011

Ujian Allah satu Rahmat

Satu peristiwa yang menyebabkan Amni menangis semalam adalah apabila salah seorang adik usrah Amni mengadu tentang sahabatnya. Beliau menceritakan masalah yang dihadapinya. Masalahnya ialah:

Kak.. Dia x pernah solat.. [istighfar Amni di dalam hati, terkejut kerana Amni kenal sahabat beliau] Dulu waktu sem 1 dia lain. Dia pakai tudung labuh. Dia suka bagi nasihat. Malah dia yang ajak saya solat sama-sama. Baca quran. Wktu tu saya jahil lagi [kini beliau telah bergelar naqibah, Alhamdulillah] Macam mana saya nak tegur dia,kak? Tp, sebenarnya dia pun dah berkahwin..

Menitis mutiara jernih satu persatu dari tubir mata Amni.. Saat itu, Amni merasakan betapa beruntungnya sahabat beliau kerana berjaya menyelamatkan diri dari berzina melalui ikatan perkahwinan dalam usia yang muda 21 tahun. Tetapi, sayang dia tidak mampu menyelamatkan dirinya dari maksiat kepada Allah.. Amni merasa sangat sedih.. Mengapa dia tidak mengambil peluang yang telah Allah berikan itu sebaik-baiknya? Malah, dia telah pun bersuami. Bukankah salah satu tanggungjawab bagi seorang isteri itu menyelamatkan suaminya daripada terjerumus ke lembah neraka??

Beliau menyambung lagi..Kak.. mertua dia baik sangat. Ibu mertua dia pasti akn menghantar mesej bernada nasihat dan hikmah setiap hari jumaat. malah, ibu mertua dia memakai purdah! [Allahu Akhbar] Kak.. Dia sangat pandai.. Orang semua takut dengan dia.. Tapi, itu la.. dekat luar pun dia x pakai tudung..[Nauzubillah..]

Lantas, membuatkan hati Amni semakin pedih.. Kasihannya pada dia. Adakah dia tidak dapat melihat kesempurnaan nikmat yang telah Allah berikan padanya? Mengapa dengan begitu mudah dia berubah? Dari seseorang yang bersemangat untuk bergerak lurus dalam jalanNya, namun terus berputar 360 darjah di pertengahan jalan. Astaghfirullah.. Semoga Allah luruskan hati Amni..

Amni ada bertanyakan kepada beliau, adakah suami dia seorang yang soleh. Dengan lesu, beliau menggelengkan kepala. Beliau menceritakan di mana beliau pernah dimarahi kerana memberitahu suami dia supaya menegur isterinya. Sebaliknya suami dia membentak kepada beliau. Jika benar, suami dia seorang yang soleh, pasti dia boleh menerima teguran orang lain. Jika benar, suami dia seorang yang soleh, pasti dia akn membimbing isteri dia dengan baik.



Dalam kehidupan ini.. Alangkah ruginya jika kita tidak menghargai setiap anugerah yang Allah berikan buat kita. Terutamanya nikmat iman. Iman yang ada dalam diri merupakan dinding untuk kita terhindar dari melakukan kemaksiatan kepada Allah.. Bukankah setiap manusia itu dilahirkan fitrah yang baik? Why dont u find ur fitrah? why dont u polish ur fitrah?

Namun, sesuatu yang kita perlu akur, setiap yang berlaku merupakan ujian dari Allah yang ingin melihat sejauh mana ketahanan hambaNya dalam melaluinya. Jika dia mampu harunginya berlandaskan iman, InsyaAllah dia pasti berjaya. Namun, jika sebaliknya.. Astagfirullah.. semoga suatu masa nanti, hatinya terbuka untuk berada di jalan yang lurus..



Ya Allah,
Engkau jagalah hatiku..
Jangan Engkau matikan ia..
Segarkanlah ia dengan sentiasa ingat kepadaMu..
Jauhkan diriku dari terjebak dengan mazmumah..
Jadikan diriku sebaik-baik kejadian seorang hawa buat adamku..
Semoga kami mampu mengharungi kehidupan ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan..
Amin..
Ya Rabb..

Kawal Hatimu [لا تغضب]..


Amni,
Kawal hatimu..
Jangan biarkan nafsu merajai diri..
Pandukan dengan iman..
Nilaikan dengan kesabaran..

Pesanan Rasulullah:
لا تغضب , لاتغضب , لا تغضب

Apabila marah menguasai diri, siapa yang menjadi mangsa?
Sudah tentunya orang di sekeliling.. Kasihanlah pada
mereka yang tidak mengerti, turut tempias sama.

Bagaimana nak kawal kalau dah marah sangat?

Ingat Allah...
Kalau ikutkan..
Allah lagi berhak marah..
Sebab..
Berapa banyak maksiat uang kita buat pada Dia..
Tapi, Dia tidak terus-terusan menegur kita kan?

SubhanaAllah..
Baiknya Allah..



Tuesday, August 9, 2011

Taaruf

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga kalian semua sentiasa berada dalam Rahmat Allah swt..

Ya Allah,
Ku mohon tulisan-tulisanku ini mampu
membawa manfaat kepada hambaMu,
Janganlah Engkau hiasinya dengan kemaksiatan,
Serikanlah tulisan-tulisanku ini dengan
Rahmat dan RahimMu,
Kurniakan daku ilham yang senantiasa solehah ketika menulis,
Semoga dapat keberkatan melaluinya,
Amin,
Ya Rabb..

Alhmdulillah.. Hari ini Amni terbuka hati untuk berkongsi sesuatu kepada sesiapa yang membaca tulisan Amni. InsyaAllah, Amni sedang cuba untuk mencontohi salah satu pesanan Rasulullah saw.. iaitu.. "Sampaikanlah.. walau dengan 1 ayat.."

Mulai hari ini, Amni berharap Amni dapat menambahkan ilmu pengetahu lain dan supaya insan lain juga mampu mendapat'sesuatu' daripada Amni.. InsyaAllah..