Monday, June 4, 2012

Ukhwah tanpa syarat

bukan teman yang selalu di sisi yang di cari,
namun,
cukuplah yang sentiasa menyejukkan hati,
cukuplah yang sentiasa tersenyum,
cukuplah yang sentiasa berbaik sangka.. 

tidak selalu ketemu,
namun,
sentiasa berkelana dalam doa,
sentiasa menitipkan kebaikan,
sentiasa melabuhkan hatinya pada PenciptaNya..

Friday, March 2, 2012

Tatkala hati di usik rindu

Ya Allah...
Ya Rahman...
Ya Rahim...


Tatkala hati ini dipagut rindu,
Rasa keletihan memikirkannya,
Bukan ku x mengerti akan hakikat ini,
Selagi tiada ikatan yang menghubungkan kami,
Tidak sepatutnya hati ini lelah teringatkn si dia,
Sedang diriku sendiri tak pasti siapakah si dia itu,


Namun,
Aku jadi kepingin tatakala melihat teman2,
Melihat mereka bahagia bersama pasangan mereka,
Ya Allah,
Akhirnya hanya mutiara jernih yang mampu kuhamburkan,

Thursday, March 1, 2012

Bila ummi dan saya study bersama

Ummi saya yg kini berusia 40 an sedang menyambung pengajiannya di samping bekerja sebagai seorang guru

Dan saya....


Berusia 20 an berada di tahun 3 pengajian degree syariah undang-undang


Malam ini menyatukan kami untuk stay up study bersama..

Apa yang terjadi?

Kami berdua kelaparan..

Hehe... (>.<)

Akhinya...

Kami berdua berkongsi makan Maggi..

Huhu...

This is very memorable for me!

Thanks ummi sbb teman anak ummi ni mkn maggie..

Allah ajar cara nak berbaik dengan musuh/kawan

Kalian percaya x dengan tajuk en3 saya kali ni? \~,~/
(kalau percaya.... Anggukkan kepala kalian tanda setuju... hehe... )
Sori-sori, main-main pulak..
Tapi, serius.... Allah t elah berfirman...
Maksudny----> Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia...  { surah Fussilat:34 }


Subhanaallah.....
Nampak tak apa yang Allah ajarkan pada kita?
Allah suruh kita tolak kejahatan (pergaduhan atau perkara mazmumah yg orang lain lakukan pada kita) dengan perkara-perkara kebaikan...
Maksudnya, walau orang buat kt kita perkara x elok macam mana pun...
Kita jangan balas dengan yang x elok juga...
Balasla dengan kebaikan...


Perumpamannya macam ni:
Api + Api = ?


a) semakin marak
b) semakin sejuk

Api + Air = ?


a) semakin reda api
b) semakin marak api

Ha.. Cuba jawab dua perumpamaan ni?
Pastu, dapat x kalian hubungkan dengan apa yang Allah suruh kita buat?
Ha! Ting! (bayangkan mentol yang bercahaya kua atas kepala, hehe)
Hebat x? Rupa-rupanya, apa yang orang kata tentang perumpamaan kat atas ni, ada kaita dengan firman Allah  surah Fussilat tadi..
Ukirkan kesalahan teman seperti di atas pasir,
Akan hilang sebaik di bawa hempasan ombak..
Tapi selalu sangat saya dengar macam ni...
Ala... Penatla.. Asyik kita je yang beralah..
Asyik kita ja yang nak mula berbaik dulu..
Asyik kita ja yang nk mula minta maaf dulu...
So, saya nak nasihatkan...
Eh, bukan saya ja...
Allah yang nasihatkan...


Maksudnya: Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang SABAR  dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-rang yang mempunyai KEBERUNTUNGAN YANG BESAR. { surah Fussilat:35 }


Apa Allah kata?
SABAR..
Ye, xpalah kita yang mulakan dulu...
Xsalah pun kan?
Bukannya dosa pun kan..


Kalian...
Bukankah dalam persahabatan ini,
Always thanks and forgive?
Percayala.. Dengan kelakuan baik kita..
Pasti masalah kita dengan sahabat kita pun akan terungkaikan?
Bukankah itu lebih baik??
dan ukirlah segala kebaikan teman itu di atas batu..
tidak pernah hilang..
malah akan kekal selamnya..

Wednesday, February 29, 2012

Indahnya Bait Al Muslim.. [ Apa tu?]

Sounds weird? 
What's the meaning of بيت المسلم ??
Maksudnya... Perkahwinan Islami..
Ops! kenapa tiba-tiba nak letak tajuk entri ni?
(~,~)


2 hari lepas,
ketika saya baca Al Quran..
Saya jumpa ayat ni...
Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang
mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan
anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi
sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan
apa yang dikerjakannya.... {Surah At Tur: 21} 
K, can u hadam this ayat in ur mind? >,<


Sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan melalui ayat ni..
Sesiapa yang beriman, di syurga nanti, Allah akan pertemukan dia dan kaum
keluarganya di syurga nanti,  Tetapi semua kaum keluarganya kah? Tidak..
Hanya kaum keluarganya yang beriman jela...





Ha.. so... dapat x anda hubungkan apa maksud saya tentang baitul muslim ni
dengan ayat di atas..

Em.. Xjelas ye.. 
Baiklah, maksud saya di sini... 
Apabila kita mendirikan rumah tangga mengikut syariat Islam, serta amalan
dalam keluarga yang kita bina itu juga dengan cara yang Islam.. Pastilah kita 
sedang membina diri kita, suami atau isteri kita, anak-anak kita serta kaum keluarga kita
yang lain untuk turut sama-sama beriman, yang hasilnya di syurga nanti kita 
akan dipertemukan oleh Allah.. Subhanaallah... Kan seronok tu..




Macam mana ciri-ciri rumah tangga yang bercorak Islami??

  • memulakan solat pada permulaan hari dengan solat berjemaah
  • suami memberikan tazkirah buat kelurga pada hujung minggu slps solat subuh
  • mengamalkan kasih sayang yang seperti diajar oleh Rasulullah (bagi hubungan suami isteri)
  • mendidik anak-anak untuk mencintai Al Quran serta menghafaznya
  • seorang ibu, menceritakan kepada anak-anak tentang kisah-kisah tauladan dari AlQuran dan zaman para sahabat.
  • Membanyakkan solat berjemaah dalam kelurga
  • Pergi ke majlis ilmu bersama-sama
Ini adalah hanya sebahagian.. Dan sebenarnya banyak lagi. Apa yang saya sampaikan ni
sebenarnya sedikit sebanyak merupakan impian saya apabila berumah tangga nanti..
Agak-agaknya siapakah imam yang bakal memenuhi segala impianku ini?
Dan, adakah dia juga menyimpan impian sepertiku?



بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,
Satukanlah hati kami di bawah lembayung rahmatMu
Jadikan dia insan yang soleh, beriman dan bertaqwa
Jadikan aku yang terbaik buat dirinya
Dan dia adalah yang terbaik buat diriku
Jadikanlah aku isteri yang solehah buat dirinya
Dan dia suami yang soleh buat diriku
Jadikan dia pemimpin yang terbaik dalam hidupku
Yang dapat membawaku ke jalan syurgamMu

Ya Allah,
Jadikan kami ibu bapa yang mithali buat zuriat kami
Jadikan zuriat kami bijak serta pandai,hafiz serta hafizah
Jadikan zuriat kami tergolong dari alim ulama dan penyejuk hati kami berdua

Ya Allah, 
sesungguhnya,
Engkaulah Yang Maha Mendengar setiap permintaan hamba-hambaMu..
Moga Engkau kabulkan permintaan hambaMu ini..
Amin...


Monday, February 27, 2012

Kelebihan majlis ilmu dalam AL QURAN?

Cuba kita tengok, surah Al Mujadilah:11
Maksudnya ----> wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan padamu, " berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangknlah, niscaya Allah akan MEMBERI KELAPANGAN BUATMU. Dan apabila dikatakan, "berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan MENGANGKAT DARJAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN DI ANTARAMU dan ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU BEBERAPA DARJAT. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.


So? macam mana? percaya x.. Dalam dok sibuk-sibuk para ilmuan kita menyatakan hujah masing-masing dlm kelebihan ke majlis ilmu.. Padahal, Allah dah state lama dh.. 

Jarang yang menyatakan bahawa kalau kita ke majlis ilmu, salah satu kelebihan yg kita akan dapat ialah Allah akan lapangkan lagi waktu kita... Sedangkan, itulah janji Allah yg terutamanya... SUBHANAALLAH...

So, rasa x lg lepas ni malas nk ke majlis ilmu???
Ha, apa kata... 
Jadikan ayat ni sebagai sumber inspirasi kita??! (>,<)
Xsalahkn kita berkorban sikit nak jadi baikkk...
Percayalah, besar ganjarannya di 'sana' nanti...
insyaallah... |°;°|




Sunday, February 26, 2012

Sungguh! Allah itu dekat.

Rujuk surah Qaf : 16
Maknanya ----> Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih DEKAT KEPADANYA DARIPADA URAT LEHERNYA


See! Does everyone can see it? Are u realize or not by this ayat? ~,~ 
So, tiada alasanla utk seseorang itu hidup bersendirian kan.... ^,^
or nak kta dia tak da kawan.
 Sebab , jawapannya jelas. Allah itu sangat dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat leher kita... 
Baikkan Allah... tidak pernah meninggalkan kita rupanya...
Malah,
Jika kita beria-ia nak menghampiriNya, Dia lagi beria-ia menyambut kita.
Subhanaallah..
Bestkan bila dapat jumpa ayat ni. <3